Kalam Bicara
Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang kami beri wahyu kepada mereka, Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui ( 21:7 )
Friday, October 12, 2012
Maksud
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan perasaan seperti
terkejut, geram, marah, sedih, benci, gembira atau menggiat.
Thursday, October 11, 2012
Contoh Kata Seru
Kata
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
Aduh
|
Menyatakan rasa
sakit
|
Aduh, pedihnya ubat ini!
|
Aduhai
|
Melahirkan rasa
sedih
|
Aduhai, malangnya nasib aku!
|
Ah
|
Melahirkan rasa
tidak setuju atau keluhan
|
Ah, malaslah saya hendak ke sana!
|
Amboi
|
Menyatakan rasa
hairan, mengusik (menggiat)
|
Amboi, tingginya bangunan itu!
|
Cis
|
Menyatakan rasa
marah, geram, mencemuh, benci
|
Cis, berani engkau kacau adik aku!
|
Eh
|
Menyatakan rasa
terkejut, terperanjat
|
Eh, kamu dari mana termengah-mengah ni!
|
Ha
|
Mengejek untuk menyedarkan
seseorang/ merujuk kelegaan/ kepuasan
|
Ha, dah gagal baru nak menyesal!
|
Hah
|
Untuk menegaskan
cakap atau menyergah
|
Budak itu kenapa, hah!
|
Hai
|
Untuk menarik
perhatian, keluhan, kurang percaya
|
Hai Salmah, marilah kita berbual-bual!
|
He
|
Menghina, menyergah
|
He, berani nak tunjuk lagak ye!
|
His
|
Menyatakan rasa
tidak suka, jijik
|
His, kenapa buang air di sini!
|
Hoi
|
Untuk memanggil,
menyahut secara kurang sopan
|
Hoi, mari sini sekejap!
|
Huh
|
Menyatakan rasa
terkejut, menempelak
|
Huh, rambut sudah putih pun asyik mabuk lagi!
|
Oh
|
Menyatakan kecewa,
menjadi yakin dan ketika berdoa
|
Oh, kecewa sungguh emak tengok perangai kau ni!
|
Syabas
|
Mennyatakan pujian
|
Syabas, kamu memang layak bergelar olahragawan!
|
Wah/ Wau
|
Menyatakan rasa
terkejut, kagum
|
Wah, beruntungnya kamu dapat anak yang bijak!
|
Wahai
|
Menyatakan rasa
sedih, untuk menarik perhatian
|
Wahai kawan- kawan, mari kita bertolak sekarang!
|
Wednesday, October 10, 2012
Soalan
Isi tempat kosong
dengan penggunaan kata seru yang sesuai.
oh
|
eh
|
wahai
|
his
|
ha
|
eh
|
hah
|
wah
|
huh
|
aduhai
|
1.____________,
ingatkan siapa yang mencuit saya tadi!
2.___________,
siapalah yang sudi membantu diriku ini!
3. __________,
sekarang baru saya faham!
4. __________,
banyaknya hadiah yang kamu dapat!
5.__________,ingatkan
budak mana tadi!
6._________ Tuhan, Kau
tabahkanlah hatiku ini!
7.__________,
nampaknya kalah lagilah pada hari ini!
8.___________,
panjatlah lagi, biar patah kaki pula!
9.___________, kenapa
buang air di sini!
10.__________, apa
lagi yang awak mahu!
Subscribe to:
Comments (Atom)